CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

My ads.

Sunday, August 9, 2009

CINTA ABADI KASIH SEJATI


Kekasih awal dan akhir mestilah sesuatu yang abadi. Kekasih zahir dan batin mestilah sesuatu yang paling sejati. Percintaan sesama manusia tidak dapat menepati kata-kata ini kerana tiada manusia yang kekal abadi. Kasih manusia bukanlah kasih yang sejati kerana sentiasa berbelah bahagi,lebih dan kurang. Musim percintaan manusia ada pasang surutnya. Kadangkala berpusar,umpama air di lubuk dan kadangkalanya tenang setenang air di kali. Justeru layakkah cinta manusia dipanggil cinta sejati? Padankah cinta manusia menjadi priority?

Cinta kepada ALLAH bukanlah sebarang cinta sebab ia menempati kedudukan yang tertinggi di atas segala cinta. Bermujahadah untuk menggapai cinta ALLAH sahaja pun sudah cukup membahagiakan dan mendamaikan apatah lagi apabila cintaNya dimiliki. Cinta adalah roh yang berjalan lembut berseri-seri. Ia tidak dapat difahami kecuali orang-orang yang mengenali ALLAH berdalilkan Al-Quran dan Hadis. Cinta itu bukanlah sesuatu yang boleh dicapai sekadar dengan pancaindera yang lima kerana ia adalah sumber kesesatan puak Ethies tetapi cinta itu mencapai pancaindera yang keenam iaitu akal dan hati nurani.

Para penyair menganggap titisan embun pada putik bebunga sebagai sesuatu yang indah diciptakan sedemikian rupa oleh kuasa langit. Manakala para solihin dan muttaqin mungkin meyakini hal tersebut sebagai air mata langit yang takutkan ALLAH.

Para penyair mungkin melihat daun-daun kayu atau pohon nyiur yang meliuk lintuk ditiup bayu sebagai manifestasi kerinduan dari orang yang sedang dilamun cinta. Sementara di mata solihin dan muttaqin, hal tersebut adalah bukti dan pernyataan bahawa tumbuh-tumbuhan juga berzikir dan beribadah kepada ALLAH.

Oleh sebab itu, setiap yang mempunyai hati yang menyukai dan mampu menyingkap keindahan namun hanya nurani yang benar-benar mengenali estetika keindahan sahaja yang dapat melihat bahawa segala keindahan adalah tidak beerti selain daripada keindahan yang mutlak.

0 comments: